
ASSALAMUALAIKUM.W.B.T
Yang
saya hormati penasihat rakan intelek En Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Sulaiman dan
Puan Hanafiah Hasin, tidak lupa juga pada mantan Ydp rakan intelek saudara Mohamad Shafrien bin Sam dan para barisan
pimpinan yang lama yang telah mengerakkan rakan intelek dengan jayanya.
Petama-tama
sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua warga kbm terutamanya
kepada pelajar yang baru yang telah menjadi ahli rakan intelek mahupun yang
belum menjadi ahli. Sebagai pelajar kita perlu memastikan pelajaran dan agama
adalah seiring bukannya apabila belajar kita hanya belajar sahaja. Sehubungan
dengan ini rakan intelek akan cuba membawa anda semua ke trasfomasi yang baru
ia itu kita akan seiringkan agama dengan pelajaran. Ini bertepatan dengan
firman Allah yang bermaksud :
“dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”.(Adz-Dazriyaat : 56).
Saya
juga berharap agar semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan dorongan mahupun sokongan yang jitu dan kuat bagi menjayakan setiap program dan aktiviti yang
rakan intelek anjurkan, saya juga berharap agar semua MT akan memberikan
komitment mereka dalam menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka.
Saya
juga ingin nama RI ini menjadi sebutan setiap pelajar, pensyarah dan pihak-pihak
atasan kerana RI akan dapat melahirkan mahasiswa yang baik (insyallah)
bertepatan dengan motto rakan intelek iaitu “mahasiswa berintelek harapan
negara”
Akhir
sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih, dan saya akan cuba menjadi YDP
rakan intelek yang terbaik sekadar yang termampu. Kepada Allah S.W.T jualah
yang dapat memberi taufiq dan hidayah dan kepadanya lah saya bertawakal serta
kepangkuannya lah tempat diri dikembalikan..sekian..wallahualam
No comments:
Post a Comment